Tuesday 2 July 2013

Tabah Menghadapi Nya.............

Assalamualaikum


Sigh !

belum pape dah mengeluh....
Actually kan..aku tak tau mana nak mulakan dulu ni....
2 minggu lepas adalah minggu yang sangat mencabar ketabahan dan emosi aku...
habis semua entry aku stuck cenggitu jer...
okey2..kita start satu2 yer....
tapi bertabah lah korang entry agak panjang sikit.


11 Jun 2013 ( selasa )

dalam pukul 10 pagi cenggitu lah abah aku call
time tu kat ofis lah ni...hari bekerja kan
Abah aku call bagi tau makcik aku kat Taman Datuk Harun PJ tetiba sakit
walhal aku tak tau pape pun
anak nya pun tak bagi tau pun kata sakit ke sebelum ni
seminggu sebelum ni aku ada ke rumah makcik aku ni
tapi dia okey lagi..

then call Ain anak dia nak tanya lah
belum pape aku nak tanya anak nya dah menangis bagai nak rak
dia kata " Ma aku dah buta dah kak nor " ni sambil teresak-esak nangis
terus darah aku berderau...
apa dah jadi ni sampai buta-buta ni.

terus lah aku pecut keta hala PJ
sambil tu call situ sini tanya sepupu sepapat yang lain
Jijie dah on the way ke PJ
Pakusu aku pun dah on the way ke sana...dia lagi lah dari Melaka ada meeting
cun cun jer smapai Melaka Ain call kata mak dia sakit

nasib baik aku tak jem sangat nak hala ke PJ ni
dalam kul 11 gitu aku sampai depan umah makcik
masuk-masuk tengok jiran-jiran dia adalah 2 3 orang
siap salam terus datang ke makcik
dia nampak aku tapi tak senyum tak apa
then aku tegur lah dia,tanya cikyah okey ke tak
dia hanya cakap okey sambil senyum
anak dia tanya mak kenal ke sapa ni...
lama lepas tu baru dia geleng-geleng kepala sambil tak kenal lah..sapa ni

oh my !!! what happen ni...aku pun jadi bingung
pastu Jijie sampai..pun macam tu juga makcik aku tak kenal Jijie
Ain cakap start dari pagi buta lagi mak dia kata mata dia jadi kabur-kabur
lepas tu dah lost dah...tak ingat sapa-sapa..
cakap pun merapu-rapu yang takda kena mengena pun
Ain cakap sebelum ni mak dia kena makan 2 biji sehari jer ubat darah tinggi
tapi selepas balik dari latest appoiment tu kena plak makan 4 biji sehari
so takut lah kan effect dari makan ubat tu

keje nya bangun duduk lepas tu makan..lepas tu tido
tu jer lah dari pagi lagi..
Ain dah bengkak-bengkak dah mata menangis

Lepas tu Azah pun balik dari keje
sedara aku dari Serdang pun ada juga datang
masa tu dah pukul 2 tgh hari dah ni...tapi makcik aku still macam tu lah
bila tanya semua dia tak tau
Pakcik aku syak ada benda lain dah masuk dalam badan makcik aku ni
yer lah korang lain macam okey
asyik nak tido pastu bila bangun nak makan jer

so jiran nya ada call sorang pakcik ni,datang tolong tengok makcik aku ni kan
dalam kul 4 gitu pakcik tu baru datang,lambat sebab dia baru balik keje
aku plak tepon minah minta dia apply kan keluar waktu tu
so tak yah lah aku nak balik punch kad plak...agak sampai malam kat sini
kesian plak aku nak tinggalkan sepupu sepapat aku ni

so bila pakcik ni pegang tangan makcik aku
terus dia kata...mak awak ni ada benda menumpang dalam badan dia ni
haaa ?? terus lah kita orang macam cuak-cuak pulak
pakcik tu tanya ada pergi hospital ke semalam?
Ain cakap adalah..sebab ada appoiment ngan doktor kat Hospital Sg.Buluh
pakcik tu kata benda ni kena masa kat Hospital
benda tu takda tuan,so dia tak tau nak pergi mana
kebetulan makcik aku pergi time tu badan tak sihat,lemah-lemah so senanglah benda ni nak menumpang

then pakcik tu tolong keluarkan benda ni
dia meracau-racau juga tapi takda lah kuat mana pun
bila dah keluar tu,baru makcik aku macam sedar,
takda dah asyik nak tido makan jer
tapi still dia tak kenal sapa-sapa lagi

pakusu aku kata jom lah bawak ke rumah kawan dia kat Sepang
minta Ustaz Khairul tengok kan
ngam-ngam pukul 5pm kita orang pergi ke sana,dua buah keta
dalam kul 6 gitu baru sampai kat Bandar Salak Tinggi

Bila Ustaz tu tanya nama makcik aku dia jawab betul
bila tanya umur dia jawab 23..walhal dah nak 50thn dah
bila tanya anak...dia jawab ada anak 2...walhal anak 5
Ustaz tengok tu dia kata makcik aku kekurangan oksigen dalam otak
sebab tu dia macam ingat-ingat lupa gitu
lepas tu ada benda menumpang sebelum ni dari hospital...tapi dah takda dah sekarang
lepas tu makcik aku ni dah terlampau stress sangat-sangat
semangat nya pun dah takda dalam badan ni...

so ustaz tu sediakan kelapa muda 3 biji...limau nipis 21 biji
pastu dia bacakan doa untuk makcik aku seru semangat ni balik ke tuan nya
kalau dia biarkan lama...dia kata makcik aku ni mungkin gila nanti
then buat itu ini...selang 2 hari lagi makcik aku kena datang balik
Ustaz tu nak buat bekam lintah,makcik aku punya darah tinggi sangattttt tinggi
then balik..kul 10 malam juga sampai umah
dengan baju kurung ni aku !

selepas dia jumpa Ustza Khairul tu selang 2 hari lepas tu kena pergi lagi
sekali makcik aku buat treatment bekam lintah
lintah tu dia letak kat bahagian belakang badan..kat tangan dan kat kaki
okey ni cerita entry lain yer...

3 kali juga lah makcik aku ulang alik ke sana
kadang-kadang aku ada juga ikut sekali
time ni juga mak aku tengah sakit kaki...
kata nya gout dia kena semula..sigh !
so aku suruh lah dia datang sini...
sebab aku tanya Ustaz Khairul penyakit gout pun boleh buat bekam lintah
okey lah mak abah aku kata nak datang hari selasa dengan keretapi


17 Jun 2013 ( isnin )

seminggu selepas makcik aku kena tu
dia still tak ingat lagi ni...
semua nya anak dia kena buatkan untuk dia
dari lah makan..mandi...minum..gosok gigi semua Ain Azah kena aturkan

then hari senin tu dia ada appoiment lagi ngan doktor kat sepital
bila pergi hari senin tu sekali kena tahan lah kat wad
doktor buat scan check semua bagai lah
then result nya kata nya makcik aku kena pre-strock
otak sebelah kanan nya ada 3 spot hitam
doktor kata maybe sebab itu dia tak ingat apa2 dan siapa2
so kena drip air semua lah

3 hari juga lah dia admit kat hospital
tapi macam tu juga lah...
doktor kata patient macam ni lambat sikit lah progress nya
makan masa juga nak bagi ingatan dia pulih
dia ingat dalam 15 minit gitu...lepas tu dia akan lost balik
jadi kena selalu perhatikan dia lah
kena bagi tengok album-album lama
kena bawak tempat-tempat lama sebelum ni
supaya otak dia berfungsi dan ingatan dia kembali semula
tapi makan masa lah...setahun dua tahun takda siapa tahu

now sekarang makcik aku ada kat kelantan
umah maklong aku
Azah bawak balik mak dia rest kat sana dulu
azah pun dah cuti lah sebulan tanpa gaji sebab kena jaga mak dia
takkan nak harap kat mak long pulak kan

so harap-harap makcik aku cepat sembuh lah
then dapat buat cekodok pisang untuk aku lagi...

oh yer pasal entry bekam lintah tu nanti aku buat entry khas yer
belum sempat lagi nak buat...


bersambung nanti...entry sangat berat nak tulis.. :(


daaaaaa


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...