Thursday 4 July 2013

19 Jun 2013 : Rawan Di Hati Hanya DIA Yang Tahu



Assalamualaikum


19 Jun 2013


Esok nya bangun tu bfast nasi lemak dulu
lepas tu dalam pukul 10am kami gerak dari rumah Jijie nak ke Salak Tinggi
Masa ni barang-barang abah aku dah bawak semua dah
konon-konon lepas hantar mak aku ke umah ustaz Khairul
nanti Jijie datang lah ambil abah then hantar naik bas kat Hentian KL
then mak aku stay umah aku or umah jijie lah sampai habis treatment

sampai sana dalam 11.30am gitu
ustaz pun dah siap tunggu sebab petang tu dia nak ke Selayang
kata nya ada orang minta dia datang

so start lah buat bekam tu
kali ni pun 5 ekor di letakkan kat area kaki tu
nasib baik aku bawak laptop
so ssambil tunggu mak buat bekam..
aku layan movie lah...

kali ni sampai pukul 3
then ustaz khairul tu kata yang bekam kali ketiga tu boleh buat kat umah jer
then dia adalah ajar abah aku beberapa ayat quran semasa nak buat bekam tu
lepas tu siap beli lagi lintah 10 ekor lintah letak dalam balang

teruslah aku call tanya KTMB kot-kot ada lagi tiket kereta api
nak ambil yang tempat tido...tapi semua dah penuh
mak aku tak boleh nak duduk lama kaki kebawah
nanti kaki dia berdenyut lagi
dah lah baru lepas buat treatment lintah ni...sah-sahlah makin banyak keluar darah

pikir sana pikir sini
abah aku minta tolong lah aku hantar dia orang balik ke kelantan
aku dah lah cuti minta hari selasa dan rabu jer
takkan aku nak biarkan mak aku macam ni kan
takkan nak naik bas kan
so terpaksa lah juga aku cuti khamis...
lepas tu takkan aku nak hantar balik ke kelantan then patah balik naik ke KL semula
gila penat lah

pikir pikir baik lah aku ambil cuti direct terus sampai jumaat
so call kak nora,bagi tahu aku nak cuti sampai jumaat
nasib baik cuti ada lah sikit lagi

so pukul 3 dari Salak Tinggi balik ke rumah jijie sebab nak ambil barang-barang mak aku
dah setel umah jijie hala ke Shah Alam plak
nak ambil baju-baju aku plak
gila kentang rushing sebab time tu kat bandar kinrara dah pukul 4pm
aku tak nak lah sampai pukul 5pm still kat sini...mau nya kena redah jem nanti

so aku dah setel ambil barang-barang aku
terus pecut masuk nkve exit Jalan Duta
fuhhhh legaaaaa....tak jem lagi...
so sampai gombak dalam 5.30pm

masa tu aku drive lagi
time drive tu mak aku dah macam mengeluh pun ada
agak nya lenguh kot
dan kaki nya ada denyut2 sikit...

lepas tu abah cakap suruh berenti kejap
bagi mak aku relaks kejap kat umah makcik aku
so sampai bandar raub tu pun dah masuk maghrib
umah makcik aku kat Felda Tersang Sg.Koyan tu...
dia cikgu kat situ....

sampai umah dia dalam pukul 8.30 malam..
sampai bagi mak aku relaks kejap...
lepas tu masing-masing mandi dan dinner dulu
lepas tu aku cuci luka-luka bekas lintah tu
kali ni aku nampak ada nanah yang keluar
tapi dia macam agak keras

ustaz tu kata air liur lintah ni agak bagus...
dia merawat luka-luka dan bertindak balas sebagai egen penawar
mak aku pun dah tak berdenyut-denyut dah macam sebelum ni
merah-merah pun dah takda
cuma sakit tempat yang luka macam gelembung yang pecah
situ jer lah yang dia sakit...

so dah salin semua pembalut luka tu
kita orang gerak balik ke Gua Musang pulak
aku serah kan stereng keta kat abah pulak
so aku boleh lah relaks jap
mak aku lepas makan tadi dah cucui luka dan telan ubat
so atas keta tu aku suruh dia baring tido jer lah
nasib baik dia sorang kat belakang
so boleh lah dia baring

sampai betul-betul depan umah dalam pukul 1 pagi
so setel punggah barang-barang masuk rumah
mak aku minta air
lepas buat bekam ni memang kena banyak minum air
macam kita derma darah lah kan....kena banyak minum air

so bila kat umah tu esok nya aku mengemas lah rumah tu
dah maca tongkang pecah dah aku tengok
lepas tu mak aku azuan bawak pergi klinik untuk nak buang nanah tu
tapi doktor kata tak berani sebab nanah tu dah macam keras
yang lagi takut nya bila kadang-kadang dia kuar air
dan air ada bau sikit lah

bau nya sama seperti bau masa arwah nenek aku kena potong kaki nya
so mak aku that time sangat stress
bukan mak aku jer...aku pun sekali !
macam-macam lah aku pikir...
yer lah sapa nak jadi macam ni kan..tapi apa daya
kena redha lah...
cuma kita tak sanggup lah tengok bila hari-hari dia menangis
walau dia tak menangis depan aku
tapi aku tau dia menangis diam-diam
ni kan pulak kena dekat kaki...

so bincang-bincang nak bawak mak aku ke hospital swasta jer lah
dah pernha pergi hospital kerajaan sebelum ni
tapi dia nak kerat sampai bawah lutut sikit jer
padahal mak aku kat jari kaki sikit jer

so kemas-kemas baju semua
aku abah dan mak malam tu juga balik umah mak long
tido sana dulu malam ni
sebab nak kena sampai pukul 8am di hospital tu
jadi gerak dari Kuala Krai lagi agak dekat lah

so ni kira nya jalan terakhir lah
sebelum ianya jadi makin parah
lebih baik pergi jumpa doktor awal-awal
sekurang-kurangnya dapat rawat dengan cepat
masa tu jari mak aku tak jadi hitam apa-apa pun lagi
belum tahap gangren lah
dalam hati aku hanya Allah saja yang tahu
sedeh campur takut
tak tau nak cakap kat siapa
terpaksa lah tunjuk kan kita ni kuat depan mak
tak nak lah dia pulak rasa stress

jadi malam nya tu lepak umah maklong dulu
harap-harap esok semua nya baik-baik semua...


daaaaa



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...