Monday 22 April 2013

Hebat Nya Seorang Wanita

Assalaualaikum




Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..

Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda.





Wednesday 3 April 2013

Ketahui Tanda Tanda Awal Penyakit Keputihan Wanita

Assalamualaikum





Keputihan yang normal bukanlah satu penyakit yang berbahaya atau gejala penyakit tetapi apabila tanda tanda abnormal muncul itu dikhuatiri akan menjadi penyakit. Cara paling mudah untuk kita mengenal pasti samada keputihan anda di tahap normal atau abnormal adalah melalui simptom atau tanda-tanda awal keputihan itu :

1-Simptom 1

-Lendir bewarna putih kekuningan,pekat bergumpal,berbau dan gatal di vagina
-Penyebabnya ialah kulat Candida sp
-Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahaya lain merebak seperti E-Coli

2-Simptom 2

- Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk.Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta gatal.
-Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis
-Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin

3-Simptom 3

-Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka.
-Penyebabnya adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim.

Keadaan yang menyebabkan berlaku keputihan

1-Pada masa yang subur

-Pada waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan hormon estrogen akibatnya lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari biasa.

2-Ketika hamil

-Ketika hamil, hormon estrogen lebih dikeluarkan dan pada waktu itu keputihan penting untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu untuk melahirkan.

3-Saat terangsang

-lendir di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita terangsang secara seksual. Cairan yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang membantu saat melakukan hubungan seksual.

4-Berat badan yang berlebihan

-Apabila lemak terlalu banyak di kaki atai celah paha dan kelangkang ini akan menjadikan kawasan tadi lembap dan ini memudahkan kulat membiak dan keputihan akan terjadi.

5-Minum/memakan antibiotik dalam dos tinggi

-Dalam vagina terdapat bakteria yang bertugas menstabilkan keasidan pH vagina agar tetap dalam keadaan asid dan antibiotik yang diambil secara berlebihan akan membunuh bakteria berguna tadi dan ini akan merosakkan kestabilan pH vagina dan akan menyebabkan kulat dan bakteria berkembang baik dan menyebabkan keputihan.

Sumber : Klinik keputihan Dr salwa



Tadaaa



Kaki Wayang : G.I Joe Retaliation

Assalamualaikum..



sapa dah tengok citer ni....

heemmmm entahlah...aku rasa macam kurang sesuatu citer ni...macam tak kick pulak...pastu dan dan si Duke tu mati plak..adoiiii....

but okey lah kalau anak2 korang nak tengok...boleh lah layan...tapi bagi aku kalau nak suruh pergi tengok lagi hemmmm erkk erkkk jugak lah...

baik aku tengok Olympus Has Fallen..hahahaha






so kali ni aku tengok G.I Joe ni 3D..sebab yang biasa dan yang 2D that day dah penuh kaw kaw...nak tak nak terpaksa lah aku ambil yang 3D...

ni time aku ngan emmy back to back tengok movie...

but citer dia okeylah..still sama plot nya...masih memburu cobra dan zartan...last2 zartan plak dah mati kena bunuh ngan storm shadow sebab zartan yang sebenarnya bunuh tok guru masa dia kecik2 dulu...

jadi dia pun nak balas dendam dan bergabung nga G.I Joe buru gang2 jahat...tapi Cobra plak boleh terlepas gitu gitu jer...hek eleh...

rata2 kawan aku cakap G.I Joe kali ni macam tak best jer...



Penilaian                   : * * *  ( 3/5 )

Harga                       : Paradigm Mall ( rm18 ) 3D

Klasifikasi                  : P13

Genre                       : Aksi

Bahasa                      : English

Durasi                       : 139 minit

Pelakon                     : Channing Tatum , Dwayne Johnson , Ray Park , Bruce Willis

Sinopsis                      : 


The G.I. Joes are not only fighting their mortal enemy Cobra; they are forced to contend with threats from within the government that jeopardize their very existence.


Tadaa....selamat menonton.









Tuesday 2 April 2013

Rahsia Pisang

Assalamualaikum....






Pisang 

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!





Tada....



Cameron Lavender Garden

Assalamualaikum...


di akhir trip kami...sebelum turun ke simpang pulai...kami singgah di Lavender Garden...

nasib baik time kami singgah takda ramai orang sangat lagi..just nice jer lah...kat sini kot aku rasa paling banyak kami snap pic...meraban-raban pun ada...jadi aku terpaksa tapis2 lah skit kan...takkan main taruk jer...hiks..


nak masuk lavender garden ni kena bayar rm5 sorang...pastu kat atas nanti ada strawberry park...tak pasti plak aku nak kena bayar ke tak...tapi kat atas tu pun ada jual jem and buah strawberry sekali...cuma mahal sikit lah...

so harap korang jangan muntah yer layan pic ni...hahahaha





















yay..habis dah entry cameron ini...

buleh bukak entry lain plak..hahahaha...


tadaaaa...



Last Day di Cameron Highland

Assalamualaikum


hahahaha okey sambung entry cameron highland tu...

ni last day kat sana...so pagi tu check in awal2 lagi sebab nak pergi shopping then terus balik lah...


ramai jugak peminat crocs kuning aku ni...aku beli rm180 di East Cost Mall Kuantan...time tu ada warna hitam dan kuning jer...alang-alang aku takda warna kuning so meh lah rembat...tapi serius best pakai kasut ni...

kebetulan pagi ahad tu cameron hujan rintik2..sesuai lah aku pakai kasut ni..kaki takda lah basah..



hantar beg-beg semua masuk kereta dulu..posing-posing dulu then baru gerak ke tapak pasar tani di Brinchang ni...

suka aku tengok cuaca pagi-pagi di cameron ni..sejuk-sejuk sepoi bahasa...sonok i...




ni lah tapak pasar tani di Brinchang...actually tapak ni adalah sama tapak ngan pasar malam semalam tu...cuma kali ni sebelah jer lah dia bukak...

tapi macam tak best pulak...tak ramai orang meniaga..maybe awal sangat kot...tapi time kami datang ni dah pukul 8 pagi dah...

so tak beli pape pun...kita orang tengok-tengok survey2 jer...sebab ada tempat best lagi nak pergi shopping sayur-sayur ni...


yay...moh kita ke Kia Farm...

aku rasa kalau korang nak beli sayur-sayur ke..ubi-ubi ke..bunga-bunga ke korang BETTER beli di pasar pagi Kia Farm ni...

serius murah..banyak pilihan...dan korang dah tentu-tentu boleh tawar menawar dengan hebat nya...

macam kita orang..dah plan dah..nak balik esok baru nak singgah beli mcm2 barang makanan ni...sebelum tu beli strawberry pun untuk makan terus...kalau nak beli bawak balik baik beli sini jer...silap2 kat kedai ko beli rm10 3 pek...kat sini ko boleh dapat rm10 4-5 pek...haaaa nampak tak nampak tak ?

macam nad dia memborong bunga-bunga...macam-macam bunga2 yang segar ada kat sini...banyak gila okey dia borong sampai 3 plastik besar sampai aku kena tolong hangkut sekali...tapi 3 plastik besar tu baru habis rm35 hinggit...sebab ko beli bunga ni..ko dapat free bunga ni..ko beli bunga tu..ko dapat free bunga yang lain...itu yang jadi banyak tu..siap boleh demand2 plak nak bunga free tu yang mana..hahahaha...

ubi2 jagung2 tak yah citer...banyak dan murah...sampaikan rm10 dapat 3 longgok okey...banyaakkkk....boot keta aku penuh ngan bunga..ngan ubi..ngan jagung...ngan strawberry..ngan limau..macam-macam ada...

jadi kalau ke camerpn tak singgah di pasar Kia Farm adalah sangat rugi...jadi sila singgah yer..


then selepas singgah satu tempat ni..terus lah kami menuju ke jalan yang benar...hahaha..ni pun dekat pukul 12 tgh hari pun still berkabus lagi..sebab masa kita oang kat kia farm..tetiba hujan..



keta aku di depan....nampak tangan we all tu...sebab nak rasa angin sejuk...


eh eh keta orang belakang...hahahaha


ni tengah gerak ni..kat highway tu...sebab nak cover mengantuk...so si nad duk main-main snap pic ikut suka hati dia plak..

padahal dok mengintai apa pengantin baru tengah buat tu...hahahahaha

so nanti sambung entry last...





Fakta Tentang Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu !

Assalamualaikum....


abang-abang..pakwe-pakwe..lelaki-lelaki di luar sana...sila ambil perhatian ! haha


1) Perempuan benar-benar benci kalau mereka dibohong. Jadi, jika anda benar-benar ingin berbohong pada si dia, pastikan bahawa anda tidak akan ditangkap. Tidak kira sama ada anda berbohong mengenai penampilannya, keserasian anda, bekas kekasih anda atau keluarganya, selagi anda rasa anda telah berbohong, hati-hati! Kerana jika anda tertangkap, tidak akan ada jalan keluar.

2) Perempuan selalu mengambil serius perbuatan berbanding kata-kata. Jadi jika anda benar-benar ingin menawan hati si dia, lakukan sesuatu yang menunjukkan padanya bagaimana perasaan anda, bukan hanya tahu cakap kosong.

3) Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka semua ratu drama.=P. Ini mungkin sesuatu yang berada di luar kotak pemikiran anda, namun bersabar dan anda perlu tahu bahawa setiap perempuan akan suka menjadikan isu yang kecil itu menjadi masalah besar. Ini kerana kaum perempuan lebih cenderung menggunakan emosi berbanding akal.

4) Anda kena faham bahawa emosi kaum perempuan
akan berubah apabila datang bulan. Jadi jangan terkejut bagi anda yang baru bercouple, kekasih anda tiba-tiba berubah daripada seorang yang lemah lembut namun berubah jadi hulk. Sakit der datang bulan, isi perut rasa macam ditarik-tarik... =P

5) Biasakan untuk meminta maaf, kerana sama ada anda
melakukan sesuatu yang salah atau tidak, anda perlu juga meminta maaf. Perempuan sukakan lelaki yang pemaaf, dan mereka tak boleh hidup dengan lelaki yang tak tahu meminta maaf.

6) Anda kena faham bahawa bukan semua perempuan
mempunyai perangai yang sama. Jadi jangan terlalu cepat membuat keputusan bahawa semua perempuan adalah sama terutama apabila anda putus cinta. Ini adalah salah satu fakta utama tentang perempuan yang perlu setiap lelaki tahu.

7) Seorang perempuan akan selalu fikir sama ada dia
kelihatan gemuk. Jadi, anda kena bijak dalam berkata-kata supaya si dia tidak akan mudah tersinggung.

8) Jika anda jenis yang mudah terpikat dengan perempuan lain, jangan beritahu kepada kawan-kawan perempuan kekasih anda. Tidak kira lama atau sekejap, kekasih anda pasti akan tahu cerita tersebut.

9) Ini kerana perempuan suka bergosip. Ini adalah satu-satunya cara mereka dapat menghiburkan diri mereka sendiri ketika mereka bersama-sama dengan kawan.

10) Apabila berbincang mengenai soal hadiah, perempuan lebih menyukai sesuatu yang bermakna daripada harganya. Ini kerana perempuan sukakan sesuatu yang ikhlas dan menunjukkan bahawa anda telah cuba menawan hati si dia dengan cara yang berbeza.

11) Jika anda berada di luar dengan kawan-kawan lelaki anda, kekasih anda akan lebih cenderung untuk menunjukkan rasa cinta dia terhadap anda untuk sehinggakan kawan-kawan anda cemburu dengan anda berdua.

12) Namun jika anda keluar bersama dengan kawan-kawan perempuan dia, anda perlu pandai menjaga tingkah laku anda. Buatkan si dia merasa bahawa dia adalah milik anda. Tetapi berhati-hati, jangan sehingga membuatkan kawan-kawannya meluat dengan tindakan anda.

13) Pastikan anda tidak lupa tarikh penting seperti hari jadinya. Hal ini amat penting bagi si dia, dan jika anda lupa, saham anda akan menurun. Jika sekali mungkin tidak mengapa, tetapi bukan untuk kali yang kedua, Jangan terkejut sekiranya si dia tidak sambut hari jadi anda atau memberi kad perpisahan pada hari jadi anda.

14) Ambil hati si dia dengan pujian. Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka senang menjadi perhatian ramai. Berikan pujian terhadap rambutnya, matanya, pakaiannya, tubuhnya atau apa saja tentang dirinya yang membuatkan anda rasa tertarik. Dengan memberikan si dia pujian, anda telah memberikan dia semangat dan keyakinan. Ini akan membuatkan si dia sayang terhadap anda.



Tada...



Kaki Wayang : Olympus Has Fallen

Assalamualaikum


start bulan April ni aku nak buat entry untuk review movie di panggung yang aku tengok...oh yes ! aku peminat tegar panggung wayang...sepatut nya aku boleh jadi duta panggung wayang..tak kira lah TGV ke..GSC ke..MBO ke..semua aku jejak...

okey...nak repeat semua start bulan Januari memang susah lah kan..so aku start dengan hujung bulan Mac jer lah...tak sempat nak kejar dah...bayangkan kalau nak buat review untuk 17 filem dalam masa 3 bulan pertama 2013 ni...gila ke apa! hahaha


Okey citer Olympus Has Fallen adalah paling best buat awal2 tahun 2013 ni...oh man...serius...best...tak rugi okey kalau korang tengok...

Ditambah2 lagi dengan pelakon  hero nya my dear Gerard Butler..hahahaha dan dan my dear kannnnn....




mengisah kan tentang penculikan presdien amerika di white house nya sendiri...tapi di selamat kan oleh Mike Banning lakonan Gerard Butler ni...

satu batalion penculik dia sorang jer yang tewas kan..fuhhhhh cair mak...

tapi banyak lah aksi yang di tonjolkan dalam filem ni...mike banning ni adalah ketua bodyguard presiden ni..tapi disebabkan satu kemalangan yang meragut nyawa isteri presiden ni...mike banning ni di gugurkan dari team tu...sebab nya dia selamatkan presiden ni dari kemalangan tapi tak sempat nak selamatkan isteri yang ada dalam kereta tu...



so dia sebagai ketua bodyguard ni haruslah kena selamatkan presiden kan...tapi disebabkan dia ni still taat pada masa white house kena serang...mike banning menyelinap dan masuk ke dalam white house untuk selamat kan presiden dan anak lelaki presiden..

serius best...entahlah maybe aku lagi suka filem jenis2 macam ni dari filem orang putih yang cintan cintun tu..hahahah memang aku tidur jer lah dalam panggung tu..

tapi citer ni berkod 18 yer...maybe agak ganas lah sikit untuk budak2...

and then aku dah tengok filem ni 2 kali dah..hahahaha...sekali kat JJ bukit Raja dan sekali kat Paradigm Mall...

so pada sesapa tak tahu nak tengok citer apa..sila sila..boleh try tengok citer ni....BEST !!!



Penilaian                   : * * * * * ( 5/5 )

Harga                       : JJ Bukit Raja ( rm14 ) , Paradigm Mall ( rm12 )

Klasifikasi                  : 18

Genre/Aksi                : Ngeri

Bahasa                      : English

Durasi                       : 120 minit

Pelakon                     : Gerard Butler, Angela Bassett , Robert Forster , Ashley Judd

Sinopsis                      : 
Antoine Fuqua, pengarah filem "King Arthur" dan "Shooter", mengarah     filem aksi thriller ini. Filem ini dibintangi Gerard Butler sebagai bekas agen rahsia Amerika. Dia harus bertindak cepat apabila seorang pengganas Korea menyelinap masuk dan menculik Presiden Amerika Syarikat sebagai tebusan. Pengganas tersebut mahu Amerika berperang dengan Korea Utara. 



tada


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...