Wednesday 10 July 2013

Ramadhan Datang Lagi !

Assalamualaikum....



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semuaaaaaa readers CikWanGebu....

di harapkan anda semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan tekun dan beramal....

semoga bulan ini menjadi bulan yang barakah dan dirahmati...


SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.....




Thursday 4 July 2013

Sessi Kawad Sudah Berakhir

Assalamualaikum

Yeehaaaaaaaaaaa

Hahaha hambik ko panjang benar yehaa nya...almaklum ler dah habis sessi jaga exam untuk semester ni

Oh ni live update dari dalam dewan exam yer...pengawas boleh guna henpon...student jangan jeles..kihkih

Nasib baik dapat awal-awal..kalau tak nanti kena time puasa nanti lagi tak best

Setiap kali aku jaga exam..memang berdoa lah aku semoga takda student meniru...

Kalau nak meniru pun biar lah orang lain yang tangkap..hahaha

Sebab apa korang tau? Sebab nanti sangat ler leceh nak naik turun mahkamah pulak...

Harap-harap semoga semua lulus dengan cemerlang ! Amin...

Daaaaa...

Fadhilat Mencium Anak

Assalamualaikum





♥ FADHILAT MENCIUM ANAK ♥

(y) Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

(y) Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

(y) Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

(y) Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

(y) Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

(y) Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;”Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

(y) Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

(y) Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

(y) Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

(y) Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim (y)






19 Jun 2013 : Rawan Di Hati Hanya DIA Yang Tahu



Assalamualaikum


19 Jun 2013


Esok nya bangun tu bfast nasi lemak dulu
lepas tu dalam pukul 10am kami gerak dari rumah Jijie nak ke Salak Tinggi
Masa ni barang-barang abah aku dah bawak semua dah
konon-konon lepas hantar mak aku ke umah ustaz Khairul
nanti Jijie datang lah ambil abah then hantar naik bas kat Hentian KL
then mak aku stay umah aku or umah jijie lah sampai habis treatment

sampai sana dalam 11.30am gitu
ustaz pun dah siap tunggu sebab petang tu dia nak ke Selayang
kata nya ada orang minta dia datang

so start lah buat bekam tu
kali ni pun 5 ekor di letakkan kat area kaki tu
nasib baik aku bawak laptop
so ssambil tunggu mak buat bekam..
aku layan movie lah...

kali ni sampai pukul 3
then ustaz khairul tu kata yang bekam kali ketiga tu boleh buat kat umah jer
then dia adalah ajar abah aku beberapa ayat quran semasa nak buat bekam tu
lepas tu siap beli lagi lintah 10 ekor lintah letak dalam balang

teruslah aku call tanya KTMB kot-kot ada lagi tiket kereta api
nak ambil yang tempat tido...tapi semua dah penuh
mak aku tak boleh nak duduk lama kaki kebawah
nanti kaki dia berdenyut lagi
dah lah baru lepas buat treatment lintah ni...sah-sahlah makin banyak keluar darah

pikir sana pikir sini
abah aku minta tolong lah aku hantar dia orang balik ke kelantan
aku dah lah cuti minta hari selasa dan rabu jer
takkan aku nak biarkan mak aku macam ni kan
takkan nak naik bas kan
so terpaksa lah juga aku cuti khamis...
lepas tu takkan aku nak hantar balik ke kelantan then patah balik naik ke KL semula
gila penat lah

pikir pikir baik lah aku ambil cuti direct terus sampai jumaat
so call kak nora,bagi tahu aku nak cuti sampai jumaat
nasib baik cuti ada lah sikit lagi

so pukul 3 dari Salak Tinggi balik ke rumah jijie sebab nak ambil barang-barang mak aku
dah setel umah jijie hala ke Shah Alam plak
nak ambil baju-baju aku plak
gila kentang rushing sebab time tu kat bandar kinrara dah pukul 4pm
aku tak nak lah sampai pukul 5pm still kat sini...mau nya kena redah jem nanti

so aku dah setel ambil barang-barang aku
terus pecut masuk nkve exit Jalan Duta
fuhhhh legaaaaa....tak jem lagi...
so sampai gombak dalam 5.30pm

masa tu aku drive lagi
time drive tu mak aku dah macam mengeluh pun ada
agak nya lenguh kot
dan kaki nya ada denyut2 sikit...

lepas tu abah cakap suruh berenti kejap
bagi mak aku relaks kejap kat umah makcik aku
so sampai bandar raub tu pun dah masuk maghrib
umah makcik aku kat Felda Tersang Sg.Koyan tu...
dia cikgu kat situ....

sampai umah dia dalam pukul 8.30 malam..
sampai bagi mak aku relaks kejap...
lepas tu masing-masing mandi dan dinner dulu
lepas tu aku cuci luka-luka bekas lintah tu
kali ni aku nampak ada nanah yang keluar
tapi dia macam agak keras

ustaz tu kata air liur lintah ni agak bagus...
dia merawat luka-luka dan bertindak balas sebagai egen penawar
mak aku pun dah tak berdenyut-denyut dah macam sebelum ni
merah-merah pun dah takda
cuma sakit tempat yang luka macam gelembung yang pecah
situ jer lah yang dia sakit...

so dah salin semua pembalut luka tu
kita orang gerak balik ke Gua Musang pulak
aku serah kan stereng keta kat abah pulak
so aku boleh lah relaks jap
mak aku lepas makan tadi dah cucui luka dan telan ubat
so atas keta tu aku suruh dia baring tido jer lah
nasib baik dia sorang kat belakang
so boleh lah dia baring

sampai betul-betul depan umah dalam pukul 1 pagi
so setel punggah barang-barang masuk rumah
mak aku minta air
lepas buat bekam ni memang kena banyak minum air
macam kita derma darah lah kan....kena banyak minum air

so bila kat umah tu esok nya aku mengemas lah rumah tu
dah maca tongkang pecah dah aku tengok
lepas tu mak aku azuan bawak pergi klinik untuk nak buang nanah tu
tapi doktor kata tak berani sebab nanah tu dah macam keras
yang lagi takut nya bila kadang-kadang dia kuar air
dan air ada bau sikit lah

bau nya sama seperti bau masa arwah nenek aku kena potong kaki nya
so mak aku that time sangat stress
bukan mak aku jer...aku pun sekali !
macam-macam lah aku pikir...
yer lah sapa nak jadi macam ni kan..tapi apa daya
kena redha lah...
cuma kita tak sanggup lah tengok bila hari-hari dia menangis
walau dia tak menangis depan aku
tapi aku tau dia menangis diam-diam
ni kan pulak kena dekat kaki...

so bincang-bincang nak bawak mak aku ke hospital swasta jer lah
dah pernha pergi hospital kerajaan sebelum ni
tapi dia nak kerat sampai bawah lutut sikit jer
padahal mak aku kat jari kaki sikit jer

so kemas-kemas baju semua
aku abah dan mak malam tu juga balik umah mak long
tido sana dulu malam ni
sebab nak kena sampai pukul 8am di hospital tu
jadi gerak dari Kuala Krai lagi agak dekat lah

so ni kira nya jalan terakhir lah
sebelum ianya jadi makin parah
lebih baik pergi jumpa doktor awal-awal
sekurang-kurangnya dapat rawat dengan cepat
masa tu jari mak aku tak jadi hitam apa-apa pun lagi
belum tahap gangren lah
dalam hati aku hanya Allah saja yang tahu
sedeh campur takut
tak tau nak cakap kat siapa
terpaksa lah tunjuk kan kita ni kuat depan mak
tak nak lah dia pulak rasa stress

jadi malam nya tu lepak umah maklong dulu
harap-harap esok semua nya baik-baik semua...


daaaaa



Wednesday 3 July 2013

Pemanggil Semangat

Assalamualaikum

Hahaha tajuk entry tak boleh blah okey !

Tapi nak tunjuk lah ni lunch kita orang tengah hari tadi...

Perghhhh sangkut okey...

Lepas punch tadi aky ngan kak ct pi lari ke pasar sek6 jap...pi beli barang-barang esok ada jamuan kat ofis ni

Dah terlajak kat pasar kan...aku yang memang dah lama mengidam nak makan ketam sup...terus lah beli ketam

Rm22 hinggit 3 ketul okey...huhuhu

Tapi okey lah..mahal sikit tapi sedaaaappppp...lemak manis rasa nya ketam tu...

Di tambah lagi dengan ikan siakap masak steam limau...pastu nasi panas-panas...

So tgh hari tadi lunch ni jer lah...sekarang lapar balik...damn ! Hehe

Daaaaaaa

18 Jun 2013 : Rawan Di Hati Hanya DIA Yang Tahu ..........

Assalamualaikum


sambung entry semalam....
ini kisah mak aku plak...dia sekarang tak sihat
sedang berada di bawah pemerhatian doktor..
now recovery di rumah saja...

18 Jun 2013

Entry sebelum ni aku cakap kan yang mak abah nak naik KL kan
so diaorang dicide nak naik kereta api
sebab senang mak aku pun boleh relaks tidor baring-baring
abah pun tak penat nak kena drive sorang-sorang lepas tu

actually kita dia orang datang nak buat bekam lintah tu ngan ustaz khairul
so dah bincang-bincang lah ni kemungkinan kena buat 2 3 kali rawatan
jadi mak aku stay sini lah ngan aku
abah jer akan balik sorang sebab yang kat umah tengah sekolah

so dari kelantan dia orang naik kereta api pukul 10 mlm
sepatut nya turun kat kl sentral then dia orang naik lah komuter ke Shah Alam
since mak aku macam susah jer nak jalan dalam kl sentral tu
so aku suruh dia orang turun kat Stesen Kajang jer

jadi pagi-pagi hari selasa tu aku kuar umah dalam pukul 5.30 hala ke Kajang
sebab keluar awal tu aku takut jem jer
yer lah time orang bekerja kan haruslah kena keluar awal
sampai awal takpa..aku boleh tido dalam kereta
sebab dah check-check kereta api nya maybe sampai dalam 7.25 pagi di Kajang

pukul 6.15pg aku dah sampai kat Stesen Kajang
thanks to waze okey...kalau tak sesat barat lah aku...
sambung tido dalam keta samai kul 7pg
lepas tu pergi check ngan kaunter kata nya keretapi maybe sampai dalam 8.15pg
lambat sikit..so okeylah aku masuk lepak-lepak kat kerusi stesen tu
tengok gelagat orang-orang nak naik komuter nak pergi keje

so 8.15pg keretapi sampai...
aku dah standby kat seberang sana ngan wheelchair
nasib baik stesen tu ada menyediakna wheelchair
so korang nak hantar mak ayah tak larat nak naik tangga or lift
boleh tanya dengan guard ada tak wheelchair...
mana-mana stesen sekarang ada lift dah..so senang lah nak naik turun jejantas

dah ambil mak abah so hala ke area Taman Equine sebab nak bfast dulu
sambil ke sana aku dah hallo-hallo pakusu aku
minta dia call ustaz khairul tu tanya boleh ke sana nak buat rawatan pagi ni
sekali pakusu aku kata okey set...kul 11 dia suh datang

then makan-makan semua terus pecut ke Salak Tinggi
nasib baik aku dah ingat jalan nak ke rumah Ustaz tu
kalau sapa-sapa tak pernah pergi agak pening jugak lah

so sampai sana ngam-ngam pukul 11pg masuk terus jer lah
takda orang lagi time tu jadi agak selesa lah sikit kan
so pung pang pung pang mak aku pun buat lah bekam lintah tu
masa tu kaki nya dah bengkak dah sikit..merah-merah gitu
pastu ada sikit lah luka macam bengkak tu pecah then kuar lah nanah sikit

dari pukul 11am buat bekam tu sampai pukul 2.30pm okey
gila lamaaaaaa....
10 ekor lintah kat area kaki kanan mak aku tu...
kat betis,kat tapak kaki,kat atas kaki semua ada...
dari lintah tu sebesar jari kelingking sehingga besar ibu jari kaki orang dewasa tu
gila besar...lintah ni kan dia sedut darah-darah kotor keluar

so bila dah siap ustaz tu akan cuci darah tu then dia tampal gauze ngan ubat luka tu
nanti setiap 3 jam kita kena tukar gauze tu
sebab darah akan sentiasa keluar buat masa sehari gitu lah

dah siap lunch dulu kat Salak Tinggi tu
bila balik masa tu dah pukul 3 ptg
so alang-alang dah nak pukul 4 ni aku terus lah nak ke Hospital
nak melawat makcik aku pulak kat situ
dah lah Hospital Sg.Buluh okey jauhhhh yang hamat
aku pun heran kenapa lah nak ke sana nya...padahal Hospital Serdang pun ada

ko bayangkan dari Salak Tinggi masuk highway plus trun Highwat NKVE hala ke Ipoh
perghhhhhh.....serius penat wei
sehari suntuk kot aku drive sajork.
nasib baik minyak tol smeua di tanggung beres...hehehe

sampai sepital ambil wheelchair dulu...
ada lagi setengah jam baru pintu wad dibuka..
so aku tolak mak aku ke toilet dulu sebab nak tukar gauze tu
dah kena-kena kat seluar dah..banyak gilaaaa darah keluar
kebetulan ada pulak farmasi bawah tu...terus lah beli alat-alat luka
beli gauze...beli ubat kuning...beli plaster...beli gunting..semua-semua lah
dah setel semua baru naik ke wad..time tu pukul 4.30pm

so duduk sana borak pung pang pung pang tengok dah pukul 6.30pm
makcik aku biasa lah..15 minit jer dia ingat lepas tu lost dah
so salam-salam semua tu we all pun nak balik lah
nasib baik aku dapat parking agak dekat ngan lobi hospital
takdalah aku kena menapak jauh

nasib masa keluar tu NKVE tak jem hazab lagi
light-light jer lagi lah
then jijie pulak call ajak mak abah aku tido umah dia orang malam ni
so bincang-bincang haaa okeylah set jadi ke sana

dari nkve aku naik ke plus then exit kesas...
korang paham tak macam mana aku round selangor dari pagi ?
serius rasa nak terbongkang jer bila sampai rumah nanti
sangat-sangat nasib baik bila jalan highway agak bersifat baik that time
dah masuk kesas exit plak puchong...pastu exit ke bandar kinrara
sampai umah jijir dalam pukul 7.30pm gitu...

so dah sampai tu...mandi solat bagai
then makan malam...nasib baik Athirah bakar ikan untuk mak aku
so dia memang dan pantang makan dah pun...
dah lepas makan tu pakusu call abah ajak keluar minum-minum
aku memang surrender lah nak keluar dah
aku nak tido jer lebih nya...
so abah dan jijie jer yang keluar..
balik pun aku tak tau dia orang balik pukul berapa..
tido mati dah...

esok nya kita orang kena pergi lagi ke rumah ustaz khairul tu
kena buat lagi treatment lintah tu
mak aku pun kata kaki nya pun dah tak berdenyut lagi dah
so malam tu dia boleh tido dengan nyenyak lagi
sebelum-sebelum ni dia cakap tak boleh tido sebab kaki sakit

korang pun tau kan bila sakit dan tempat sakit tu berdenyut
macam mana rasa nya kan...

so kisah sehari tamat dulu...
kisah esok kita sambung entry lain...

ni aku citer serius detail ni
walau back dated pun maaf lah yer....
time kejadian ni aku memang tak leh nak pikir update apa-apa
fb pun aku tak update...


daaaa



Kaki Wayang : White House Down

Assalamualaikum






Movie tengah hangat di panggung sekarang ni...White House Down ( WHD )

tajuk nya agak sama dengan movie Olympus Has Fallen ( OHF )...tapi penceritaan WHD lebih luas dari yang sebelum ni...

sebelum ni Mike Banning hanya selamat kan presiden yang ada dalam bunker white house...

tetapi yang ni Cale lakonan hebat Channing Tatum bergandingan dengan presiden nya Presiden Sawyer lakonan hebat Jamie Foxx menentang penganas-pengganas di dalam white house..

rata-rata aku review movie ni di google semua berpendapat dan menyatakan bahawa movie WHD ni lagi bagus dari OHF.

dan aku terpaksa akui juga lah selepas tengok movie ni bahawa WHD sangat best dan terhibur..tetapi OHF pun tetap di hati...hahaha sebab ada abang Gerald jer...

tak rugi okey tengok WHD....pi tengok lah sementara masih ada di panggung...

gandingan mantap antara Channing Tatum dan Jamie Foxx....perghhhhh besttt !


tadaaaaaaa


Kaki Wayang : World War Z

Assalamualaikum




kepada sesapa yang belum tengok World War Z ( WWZ ) pi lah tengok yer

citer nya best juga...sangat mendebarkan..hahaha
tang zombi-zombi ni kejar manusia tu perggghhhh takut pun ada

lakonan mantap Brad Pitt , Mereille Enos , James Badge Dale dan Lucy Aharich sangat membuatkan kita still terus terlekat di kerusi panggung..

cuma ada sikit-sikit lah pasal politik antara Amerika dan Israel tu...sapa yang mendalam tengok movie ni akan tahu bab mana ia nya dipolitik kan

cerita ni lebih kurang sama dengan movie I Am Lagend lakonan Will Smith...

tapi WWZ agak lebih luas penceritaan nya itu

but aku sangat enjoy lah tengok movie ni....siap berdebar2 lagi yer...maklumlah Brad Pitt pun dah lama tak berlakon..so agak teruja di situ hahha

berbaloi lah korang bayar dan tengok movie ni... me suka !


tadaaaa.....



Tuesday 2 July 2013

Tabah Menghadapi Nya.............

Assalamualaikum


Sigh !

belum pape dah mengeluh....
Actually kan..aku tak tau mana nak mulakan dulu ni....
2 minggu lepas adalah minggu yang sangat mencabar ketabahan dan emosi aku...
habis semua entry aku stuck cenggitu jer...
okey2..kita start satu2 yer....
tapi bertabah lah korang entry agak panjang sikit.


11 Jun 2013 ( selasa )

dalam pukul 10 pagi cenggitu lah abah aku call
time tu kat ofis lah ni...hari bekerja kan
Abah aku call bagi tau makcik aku kat Taman Datuk Harun PJ tetiba sakit
walhal aku tak tau pape pun
anak nya pun tak bagi tau pun kata sakit ke sebelum ni
seminggu sebelum ni aku ada ke rumah makcik aku ni
tapi dia okey lagi..

then call Ain anak dia nak tanya lah
belum pape aku nak tanya anak nya dah menangis bagai nak rak
dia kata " Ma aku dah buta dah kak nor " ni sambil teresak-esak nangis
terus darah aku berderau...
apa dah jadi ni sampai buta-buta ni.

terus lah aku pecut keta hala PJ
sambil tu call situ sini tanya sepupu sepapat yang lain
Jijie dah on the way ke PJ
Pakusu aku pun dah on the way ke sana...dia lagi lah dari Melaka ada meeting
cun cun jer smapai Melaka Ain call kata mak dia sakit

nasib baik aku tak jem sangat nak hala ke PJ ni
dalam kul 11 gitu aku sampai depan umah makcik
masuk-masuk tengok jiran-jiran dia adalah 2 3 orang
siap salam terus datang ke makcik
dia nampak aku tapi tak senyum tak apa
then aku tegur lah dia,tanya cikyah okey ke tak
dia hanya cakap okey sambil senyum
anak dia tanya mak kenal ke sapa ni...
lama lepas tu baru dia geleng-geleng kepala sambil tak kenal lah..sapa ni

oh my !!! what happen ni...aku pun jadi bingung
pastu Jijie sampai..pun macam tu juga makcik aku tak kenal Jijie
Ain cakap start dari pagi buta lagi mak dia kata mata dia jadi kabur-kabur
lepas tu dah lost dah...tak ingat sapa-sapa..
cakap pun merapu-rapu yang takda kena mengena pun
Ain cakap sebelum ni mak dia kena makan 2 biji sehari jer ubat darah tinggi
tapi selepas balik dari latest appoiment tu kena plak makan 4 biji sehari
so takut lah kan effect dari makan ubat tu

keje nya bangun duduk lepas tu makan..lepas tu tido
tu jer lah dari pagi lagi..
Ain dah bengkak-bengkak dah mata menangis

Lepas tu Azah pun balik dari keje
sedara aku dari Serdang pun ada juga datang
masa tu dah pukul 2 tgh hari dah ni...tapi makcik aku still macam tu lah
bila tanya semua dia tak tau
Pakcik aku syak ada benda lain dah masuk dalam badan makcik aku ni
yer lah korang lain macam okey
asyik nak tido pastu bila bangun nak makan jer

so jiran nya ada call sorang pakcik ni,datang tolong tengok makcik aku ni kan
dalam kul 4 gitu pakcik tu baru datang,lambat sebab dia baru balik keje
aku plak tepon minah minta dia apply kan keluar waktu tu
so tak yah lah aku nak balik punch kad plak...agak sampai malam kat sini
kesian plak aku nak tinggalkan sepupu sepapat aku ni

so bila pakcik ni pegang tangan makcik aku
terus dia kata...mak awak ni ada benda menumpang dalam badan dia ni
haaa ?? terus lah kita orang macam cuak-cuak pulak
pakcik tu tanya ada pergi hospital ke semalam?
Ain cakap adalah..sebab ada appoiment ngan doktor kat Hospital Sg.Buluh
pakcik tu kata benda ni kena masa kat Hospital
benda tu takda tuan,so dia tak tau nak pergi mana
kebetulan makcik aku pergi time tu badan tak sihat,lemah-lemah so senanglah benda ni nak menumpang

then pakcik tu tolong keluarkan benda ni
dia meracau-racau juga tapi takda lah kuat mana pun
bila dah keluar tu,baru makcik aku macam sedar,
takda dah asyik nak tido makan jer
tapi still dia tak kenal sapa-sapa lagi

pakusu aku kata jom lah bawak ke rumah kawan dia kat Sepang
minta Ustaz Khairul tengok kan
ngam-ngam pukul 5pm kita orang pergi ke sana,dua buah keta
dalam kul 6 gitu baru sampai kat Bandar Salak Tinggi

Bila Ustaz tu tanya nama makcik aku dia jawab betul
bila tanya umur dia jawab 23..walhal dah nak 50thn dah
bila tanya anak...dia jawab ada anak 2...walhal anak 5
Ustaz tengok tu dia kata makcik aku kekurangan oksigen dalam otak
sebab tu dia macam ingat-ingat lupa gitu
lepas tu ada benda menumpang sebelum ni dari hospital...tapi dah takda dah sekarang
lepas tu makcik aku ni dah terlampau stress sangat-sangat
semangat nya pun dah takda dalam badan ni...

so ustaz tu sediakan kelapa muda 3 biji...limau nipis 21 biji
pastu dia bacakan doa untuk makcik aku seru semangat ni balik ke tuan nya
kalau dia biarkan lama...dia kata makcik aku ni mungkin gila nanti
then buat itu ini...selang 2 hari lagi makcik aku kena datang balik
Ustaz tu nak buat bekam lintah,makcik aku punya darah tinggi sangattttt tinggi
then balik..kul 10 malam juga sampai umah
dengan baju kurung ni aku !

selepas dia jumpa Ustza Khairul tu selang 2 hari lepas tu kena pergi lagi
sekali makcik aku buat treatment bekam lintah
lintah tu dia letak kat bahagian belakang badan..kat tangan dan kat kaki
okey ni cerita entry lain yer...

3 kali juga lah makcik aku ulang alik ke sana
kadang-kadang aku ada juga ikut sekali
time ni juga mak aku tengah sakit kaki...
kata nya gout dia kena semula..sigh !
so aku suruh lah dia datang sini...
sebab aku tanya Ustaz Khairul penyakit gout pun boleh buat bekam lintah
okey lah mak abah aku kata nak datang hari selasa dengan keretapi


17 Jun 2013 ( isnin )

seminggu selepas makcik aku kena tu
dia still tak ingat lagi ni...
semua nya anak dia kena buatkan untuk dia
dari lah makan..mandi...minum..gosok gigi semua Ain Azah kena aturkan

then hari senin tu dia ada appoiment lagi ngan doktor kat sepital
bila pergi hari senin tu sekali kena tahan lah kat wad
doktor buat scan check semua bagai lah
then result nya kata nya makcik aku kena pre-strock
otak sebelah kanan nya ada 3 spot hitam
doktor kata maybe sebab itu dia tak ingat apa2 dan siapa2
so kena drip air semua lah

3 hari juga lah dia admit kat hospital
tapi macam tu juga lah...
doktor kata patient macam ni lambat sikit lah progress nya
makan masa juga nak bagi ingatan dia pulih
dia ingat dalam 15 minit gitu...lepas tu dia akan lost balik
jadi kena selalu perhatikan dia lah
kena bagi tengok album-album lama
kena bawak tempat-tempat lama sebelum ni
supaya otak dia berfungsi dan ingatan dia kembali semula
tapi makan masa lah...setahun dua tahun takda siapa tahu

now sekarang makcik aku ada kat kelantan
umah maklong aku
Azah bawak balik mak dia rest kat sana dulu
azah pun dah cuti lah sebulan tanpa gaji sebab kena jaga mak dia
takkan nak harap kat mak long pulak kan

so harap-harap makcik aku cepat sembuh lah
then dapat buat cekodok pisang untuk aku lagi...

oh yer pasal entry bekam lintah tu nanti aku buat entry khas yer
belum sempat lagi nak buat...


bersambung nanti...entry sangat berat nak tulis.. :(


daaaaaa


Lelong : Black Flat Shoe

Assalamualaikum....






lelong sudah kembaliiiii....

yang ni den nak lelong murah2 jer..... sebab beli dah lama tak pakai sekali dua jer...sedehhh !

saiz 37 rasa nya...

pape email den yer cikwangebu@gmail.com


tadaaaaaa


UPDATE 3/7/2013 = SOLD :)


Panduan Penggunaan Ubat Semasa Bulan Ramadhan

Assalamualaikum....


Tak lama lagi kita dah nak masuk bulan Ramadhan....

dan suka saya nak kongsikan dengan semua tentang ilmu semasa di Bulan Ramadhan nanti...




tadaaaaaa



Monday 1 July 2013

Lelong : Brown Sembonia Sandal

Assalamualaikum






kita nak let go Sandal ni..murah2 jer..

beli sebab berebit ngan kakak mana entah...dia pun nak juga kasut ni...tetapi di sebabkan nafsu menguasai diri....beli juga walau sebenar nya bukan pencinta sandal high heel... sigh... :(

brand SEMBONIA

warna BROWN

saiz 37

email kat kita cikwangebu@gmail.com

tqqq




Lelong : Terquoise Vincci Loafer

Assalamaualaikum







Kita nak let go murah2 loafer ni...

brand VINCCI

warna TERQUOISE

saiz 38


email di cikwangebu@gmail.com klu nak tanya rege

tqqqq



Lelong : Red SUMMIT Loafer

Assalamualaikum







kita nak lelong murah2 loafer ni....

brand SUMMIT

warna MERAH

saiz 38


sila email kat kita di cikwangebu@gmail.com yer klu nak tanya rege...

tqqqqq :)


UPDATE : SOLD 1/7/2013





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...