Tuesday 19 May 2015

10 Langkah Elak Jadi Mangsa Panahan Petir

Assalamualaikum

Insiden tiga nyawa terkorban akibat dipanah petir di Johor baru-baru ini perlu diambil serius oleh pihak berkuasa di seluruh negara.  Walaupun mereka dilaporkan cuba mendapatkan perlindungan di dalam sebuah pondok yang terletak  di luar sebuah sekolah ketika dipanah petir, ia terjadi akibat kedudukan pondok itu yang berada di bawah pokok.

Petir dipercayai memanah pokok tersebut dan panahannya terkena ketiga-tiga mangsa sewaktu pancarannya melalui kawasan tanah. Insiden serupa juga pernah berlaku beberapa tahun lalu di Johor Bahru, di mana beberapa orang pemain golf dipanah petir dan meninggal ketika berlindung di sebuah pondok di bawah pokok.

Pihak berkuasa perlu memantau semua sekolah, taman awam dan jalan untuk memastikan pondok, stesen bas dan gazebo tidak dibina berdekatan dengan pokok. Jika terdapat sebarang struktur binaan dalam jarak 3 meter dari pokok atau dahan besar, ia perlu dirobohkan sekalipun ia dibina secara sah. Dahan besar berpotensi untuk patah apabila dipanah petir sekaligus akan membahayakan apa sahaja yang berada di bawahnya.

Dalam pada itu, sebarang struktur binaan tempat perlindungan perlulah dilengkapi dengan sistem pertahanan petir yang mematuhi piawaian Malaysia, MS-IEC62305.

Memandangkan musim hujan dan ribut petir dijangka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, orang ramai diingatkan agar mematuhi peraturan keselamatan berikut agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

1. HENTIKAN semua aktiviti luar dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!

2. LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan untuk dipanah petir.

3. JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.

4. JANGAN BERLINDUNG DI BAWAH POKOK atau khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.

5. CARI PERLINDUNGAN dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan petir.

6. Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit, platform). Segera berlindung di tempat rendah  atau masuk ke dalam longkang kering.

7. SEGERA duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. JANGAN sentuh sesiapa atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).

8. JIKA hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.

9. DI DALAM tempat perlindungan, JANGAN sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik.  JANGAN gunakan telefon, melainkan jika terpaksa. JAUHKAN DIRI dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang.

10. Pastikan anda berada DI DALAM tempat perlindungan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit SELEPAS guruh yang terakhir kedengaran. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi.

Friday 17 April 2015

Part 4 : 4 Islands Krabi - Tup Island - Chicken Island - Poda Island - Phranang Beach

Assalamualaikum....


Kali ni aktiviti pergi Pulau pulak....

ni kali kedua kot aku pergi pulau naik bot...yang first dulu pergi pulau redang kat terengganu tu....


Seperti entry sebelum ni...pakej pergi pulau ni 400 bath sorang ( rm40 ) pakej empat pulau...

1. Tup Island
2. Chicken Island
3. Poda Island
4. Phranang Beach

tapi kami ambil trip naik long tail boat...then selepas merasai nya ..ni pendapat aku lah kan...better sapa2 nak pergi trip ke pulau di krabi...mohon lah ambil trip naik speed boat...hahahaha serius wei...mahal sikit pun takpa lah...berbaloi...sebab? nanti scroll bawah yer...


jangan lupa bawak sunblock yer kengkawan...serius krabi panas okey...aku dari muka sampai ke kaki...habis lumur dengan sunblock...

masa ni kita orang bawak beg yang kalis air tu..tu pun pinjam beg eric..buat satu beg je aku ngan najwa...bawak duit sikit...dan pasport...pasport tu kami masuk kan dalam beg plastik,...

air mineral tak payah bawak...sebab atas bot nanti dia dah sediakan air mineral berbotol2...korang minum lah sebanyak mana nak minum...tu semua free hihi


ni biasa ni..kat mana2 kalau jam baru tunjuk pukul 8 9...macam ni lah ghupa nya..hahahaa...

time ni tengah menunggu transport datang ambil depan hotel...nasib baik depan hotel ada sediakan kerusi meja...

dalam pukul 8.30 macam tu transport datang...


tadaaaa..ni lah transport kami...muahahaha...bas jer pun...

rupa2 nya...pakej ni pihak hotel ambil ngan orang lain juga lah...so bila kita setuju ngan pekej tu..dia akan daftarkan nama kita kat orang2 ni lah..

so orang2 ini lah yang akan datang kutip semua orang2 yang telah berdaftar ngan dia..bukan satu ni je...ramai okey yang buat bisnes ni...maybe lain hotel..lain ngan company nya lah...

masa kami naik tu...orang nya takda lah ramai lagi dalam ni...baru 3 4 couple kot...


so bila dah semua cukup...dia akan kumpul kan kita kat satu padang ni...dengan group2 lain jugak..

di sini dia akan bahagi2 kan kita dalam beberapa group...

dan kita kena tulis nama isi form bagai lah...dan ada taklimat sikit dari tukang pembawa tu...bahasa english...tapi tonggang langgang lah..no hal..janji kita orang faham...


so lepas dah setel semua tu...kami kena jalan kaki menuju ke tepi pantai sebab nak kena naik bot dah ni...jauh tak jauh lah huhu...



muahahaha...belum pape kita orang dah selpie2 dulu tak tau ni betapa hazab nya nak naik bot ni..hahahha..


style dia orang...untuk kelesaan penumpang...dia orang akan suruh kita bukak selipar...dan akan kumpul dlam bakul ni...

kejadah nya kan nak main air tetiba nak pakai selipar bagai...silap2 hanyut tengah lautan tu baru tau...




so itu bot kami yang nak naik tu...

semua kena beratur lah dulu..sebab kena panjang sorang2 naik kat dalam tu...dah lah tangga dia ciput...pastu kalau pasang...so rendah lah kita nak langkah naik tangga tu...

seksa wei..seksa...


macam mamat korea tu tengah panjat....susah wei...nak2 lagi macam aku ni almari 3 pintu ni...susah wei nak panjat tangga besi tu..

dah lah licin...tangga tu dia sangkut kat tepi dinding boat je...

time aku panjat siap tergelincir lagi...tapi dapat lah juga panjat...bila sampai atas susah nak betul kan kaki..dah lah takda tempat nak berpaut...nasib baik ada uncle2 mat saleh yang dah naik tu..dia orang lah yang tolong pegang semua orang yang tengah nak memanjat tu...


haaa...macam najwa tengah panjat ni lah...

thats why aku kata...lebih baik korang ambil speed boat...senang lah..takda lah nak memanjat bagai...

oh yer...rupa nya satu bot ngan kami ada juga couple dari malaysia...alhamdulillah..ada juga boleh borak bahasa yang sama...

sekali bot ngan kami juga ni ada sorang pompuan ni dari China...dia travel sorang2 je datang krabi ni...lagi hebat...hihi

ada couple dari korea...ada couple dari thailand...dan selebih nya mat saleh...


senyum yer najwa...

tak tau lepas tu basah kuyup yer duduk dalam bot ni time bergerak...air macam kena siram ngan orang je....hahahaha....

nasib baik kami bawak towel...oh yer..towel tu hotel yang bagi bawak...tak kacau towel dalam bilik tau..ni towel yang lain...so boleh mintak...

first destinasi kami ke Tup Island

Pulau Tup ni cantik okey....dia macam ada dua pulau sebelah2...then bila air surut...kita boleh merentasi laut tu untuk ke pulau sebelah...tapi kalau air pasang tak boleh lah...sebab paras air tinggi...

nasib baik masa kami pergi air nya paras betis je...so bolej cross tetengah laut tu...

jom layan gambar2 posing kami...hihihi


wah wah..model pasir ye...


cantik kan...pasir dia halus putih bersih...




ni tengah menyeberang antara dua pulau kecik...




haahahahhaa...mampuuuuu...??














okey lebih kurang dalam 1 jam lebih kot kat sini...

then ke destani kedua pulak..iaitu ke Chicken Island...

okey ingat kan boleh mandi...tapi tak boleh...ni just pergi dekat2 ngan pulau ni the  bergambar je lah....

dia akan pergi sedekat yang boleh...maybe bayak karang kat bawah..so bot tak leh landing...

tapi serius pulau tu sebijik macam ayam...hihi



kat sini takda lah banyak ambil gambar...so aku tempek pun dua je lah ye..hahaha...yang lain semua sama je...

so kat sini lebih kurang dalam 15 - 20 minit je...

selepas tu kami di bawa untuk snorkling...

alkisah aku tak snorkling pun..muahahaaha...sebab kapten bot tu cakap...kalau tak pandai berenang better tak payah turun...sebab air nya dalam sangat...jadi aku tukang ambil gambar kat atas bot...


tapi mat2 saleh memang excited gila....sampai je terus ambil life jaket..pastu tulis nama ngan kapten untuk pinjam alatan snorkling tu...terus dia orang main terjun je...

bila dia orang terjun...rupa2 nya ada ikan kecik2 yang akan kerumun bila masuk dalam air tu...hahaha...

comel...ikan pulak warna2 warni...



si najwa pun turun..tapi tangan duk pegang tangga bot jer lah...hahaha...

berapa kali juga minah ni terminum air...memang dia tak pijak pun kat tanah tu...dia kata dalam sungguh...

ada video time ni,..tapi aku lupa nak tempek..hahaha

kat sini lebih kurang 1 jam lebih kot...then lepas tu semua kena naik bot untuk ke destinasi seterus nya...untuk lunch..

lepas tu kami ke Poda Island...yang ni lagi cantik....air laut nya biru pasir putih...fuhhh...cantik....

kat sini lah kapten bot akan sediakan kita lunch....dia siap2 bawak dalam bekas besar untuk semua orang...dia orang akan cedok kan untuk kita..then makan ikut suka nak duduk mana...















kat sini dalam 1 jam lebh jugak kot....then kami di panggil naik semula...

rasa nak tertido2 macam mat saleh berjemur tu je..hahaha...


okey ni...kapten bot tengah bagi2 kan buah buahan untuk semua orang bila naik bot tu...ada nenas..ada tembikai...tapi buah nya..mashaallah...manis korang...sedap pulak rasa nya...

dari sini kita orang nak g ke Phranang beach pulak...




dia orang siap ada buka gerai atas bot lagi kat Phranang Beach ni...aku siap beli jagung lagi...







dekat Phranang Beach ni ada gua...

gua ni lah dia orang percaya kalau nak dapat anak then kena datang gua ni buat mohon hajat ler konon...macam2 benda ada dalam gua ni..najwa lah citer..

sebab aku tak pergi pun...malas nak jalan atas pasir...sebab aku rasa jalan atas pasir ni lagi lambat...hahaha...

lagi pun aku tengah makan jagung...baik duduk bawah pokok then tengok orang lalu lalang...

kat sini dalam satu jam juga kot...then baru bergerak balik ke Aonang Beach tu...

balik ambil masa dalam 40 minit juga lah...40 minit datang pagi tadi...memang rasa sengguk2 dalam bot tu...dengan angin nya bertiup...serius kalau keadaan kerusi tu selesa..wajib dah aku membuta...hahaha...

so bila sampai tu...tunggu bas yang ambil tadi kat hotel untuk balik...

so lebih kurang dalam pukul 5 juga sampai kat hotel...fuhhhh penat wei...muka aku rasa kering...

balik2 terus berendam dalam tub...perghhhh sedap rasa...lepas mandi terus mengantuk...

bukak aircond layan tido...lepas maghrib baru bangun..muahahha...dah siap2 lepas tu...kami jalan kaki je gi gerai tepi2 jalan kat area hotel nak beli makan je lah....

penat tadi tak habis lagi nak jalan2...so makan kat gerai tu je terus...dah mengantuk lagi ni...hahahha


lepas makan terus jalan balik hotel...katil selimut memanggil2 dah...

so cadangan aku kepada sesiapa yang nak pergi krabi...mesti kena pergi pulau...dia ada banyakkkkk pakej untuk korang pergi pulau....sangat2 berbaloi ye dari korang pergi tempat lain...

contoh yang dia bagi pakej..Hong Islands..pergi 4 pulau juga...lain2 pulau tau setiap pakej ni...Phang Nga Sea yang ni siap ada korang boleh naik kayak bagai...Phi Phi Island...ada 7 island...tak silap yang ni pakej sekali korang boleh tengok sunset...then lepas tu boleh snorkling time malam...sebab ada satu tempat tu...dia macam ada cahaya dari dasar laut tu naik ke atas...so tu sebab korang boelh snorkling...serius cantik...

ni orang2 malaysia citer lah semasa aku jumpa dia orang kat sana...sebab dia orang dah kali kedua datang krabi..semua balun ambil pakej pergi pulau je...dia kata membazir pergi tempat lain..hahaha...

okey dah...itu lah nasihat aku...sebab aku pun rasa benda yang sama...better ambil pulau untuk semua pakej...hihi


daaaaa...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...