Friday, 14 November 2014

ROA by Jovian Mandagie Kini Di Shah Alam

Assalamualaikum...

Satu pesen aku ngan Najwa suka try makan situ sini...
Lepas tu bila tak sedap meroyan..bila sedap meroyan juga..hahaha

Well kali ni meh aku gebang pasal restoran baru di Seksyen 7 Shah Alam..ROA by Jovianmadagie...ni Jovian Mandagie pereka fesyen tu punya...
Restoran nya kat area mamak Hakim  baru tu...belakang restoran hayaki..betul betul depan kedai Abe Tomyam tu...corner lot..senang je cari nya...

Well makanan dia sedap..memang terasa di tekak..bagi sesapa penggemar PEDAS sila boleh cuba..huhu...acik tak boleh tahan..berair mata nya...
Harga nya pula..hemmmm standard lah kan restoran artis...tak mahal sangat..then takda lah murah pun sangat...makanan nya ala2 macam kita makan nasi padang...cuma ni kita nak order pun boleh..nak gi tunjuk2 kat tempat makanan tu pun boleh...ikut suka...kalau kat situ korang boleh tengok macam2 lauk..macam mana rupa nya..so boleh pilih...

Yang aku makan ni..dalam mangkuk2 ni..ada rege rm10..ada rm7..ada rm8..tengok pada jenis lauk yang korang makan lah...nasi putih sekali harga lain..yer...tahu aku kongsi jer 3 mangkuk lauk ni ngan najwa..huhu
So kalau nak cuba apa salah nya kan..tapi acik cakap awal2...agak pedas lah sikit..so ready awal2..hihi..

Jadi lepas korang makan kan restoran dia...pi shopping pulak kat JM seksyen 7 tu...pastu pi buat rambut pulak kat salon wife nya area jakel tu...complete set hidup anda...hihi janji duit dalam poket kembung yer..hahaha...

Daaaaaaa



Thursday, 13 November 2014

Teater Musical P.Ramlee Istana Budaya

Assalamualaikum

Hari tu sapa ada pi tengok teater p.ramlee ni ? Sapa gi yay kita gang...hihi
Ni kali kedua aku pi tengok teater p.ramlee ni...yang first dulu time Liza Hanim yang jadi saloma...kali ni Aqilah yang jadi saloma nya...

sebelum sampai Istana Budaya tu..memang running woman aku...dari shah alam suh adik hantar merempit gi KTM...trun KTM naik teksi gi Sunway Piramid pulak...pastu running woman lagi dalam sunway cari kedai nak tapau makanan kat Najwaa...maklumlah kami nak berpicnic di IB...hahaha...

so cukup kul 5pm..tunggu Najwaa habis keje terus pecut gi IB..nasib baik tak jem hazab lagi..sempat sampai sebelum kul 7pm...ambil tix sesiap..pastu pi makan...lepas tu siap2 nak masuk dah...

Super duper berbakat Aqilah ni jadi Saloma yer....acik suka ! hihi...
Aku gi hari tu pun time 3 hari nak tamat tayangan dah...penuh panggung yer..beli awal2 siap2 dah tix nya..siap ada diskaun lagi..tu pun pasal tix siap drama aku ngan najwaa...mana tak nya...nak beli hari sabtu...terbeli hari jumaat...so izzah redho je lah...

Well seluruh tayangan adalah best..tak rugi lah kita pi tengok...nak2 time tu tengah hangat ngan saloma biopic kat astro..sesuailah mood tengah zaman2 itu...

So layan jer lah pic2 nya... :)









Seminar Keselamatan Makmal FSG UiTM

Assalamualaikum...

Lamo benor acik tak masuk kan...huhu..serius mcm malas benar..padahal banyak jer bahan nya...

Ni tengah duduk seminar..serius bosan wei..sebab tengah tajuk bab fizik...

So meh aku tepek tepek gambar sekitar time seminar...

Tuesday, 8 July 2014

Kesan Buruk Memakai Bra Dan Seluar Semasa Tidur

Assalamualaikum....




Kesan Buruk Memaki Bra Dan Seluar Semasa Tidur | Artikel ini adalah artikel informasi berkaitan pemakaian ketika tidur yang kadang-kadang kita tak ambil berat hal ini. 

Jom baca! Melepaskan pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari.‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. 

Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam. Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya. Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi. 

Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun. 

Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari. Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara. 

“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011. Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. 

Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara. Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara. Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. 

Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik. Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. 

Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul. 

Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan? 


Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.




Monday, 2 June 2014

Apa Yang Perlu Kita Buat Jika...

Assalamualaikum


(BR)Must Share this please for our sisters, mothers and girl friends!
1) What should a woman do if she finds herself alone in the company of a strange male as she prepares to enter a lift in a high-rise apartment late at night?
Experts Say: Enter the lift. If you need to reach the 13th floor, press all the buttons up to your destination. No one will dare attack you in a lift that stops on every floor.
2) What to do if a stranger tries to attack you when you are alone in your house, run into the kitchen.
Experts Say: You alone know where the chili powder and turmeric are kept.And where the knives and plates are. All these can be turned into deadly weapons. If nothing else, start throwing plates and utensils all over.
Let them break. Scream. Remember that noise is the greatest enemy of a molester. He does not want to be caught.
3} Taking an Auto or Taxi at Night.
Experts Say: Before getting into an auto at night, note down its registration number. Then use the mobile to call your family or friend and pass on the details to them in the language the driver understands .Even if no one answers your call, pretend you are in a conversation. The driver now knows someone has his details and he will be in serious trouble if anything goes wrong. He is now bound to take you home safe and sound. A potential attacker is now your DE fact o protector!
4}What if the driver turns into a street he is not supposed to – and you feel you are entering a danger zone?
Experts Say: Use the handle of your purse or your stole (dupatta) to wrap around his neck and pull him back. Within seconds, he will feel choked and helpless. In case you don’t have a purse or stole just pull him back by his collar. The top button of his shirt would then do the same trick.
5} If you are stalked at night.
Expert Say: enter a shop or a house and explain your predicament. If it is night and shops are not open, go inside an ATM box. ATM centers always have security guards. They are also monitored by close circuit television.
Fearing identification, no one will dare attack you.
After all, being mentally alert is the greatest weapon you can ever have.
Please spread it to all those women u care & spread awareness as dis is d least we can do for a social & moral cause and fr d safety of women.
SHARE AND HELP WOMEN LIVE A BETTER LIFE!!

credits to cikgoogle




Wednesday, 7 May 2014

Siapa Cakap Minum Ais Melemahkan Tenaga Batin ?


Assalamualaikum..



Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.
Teruskan membaca untuk lebih memahami.
Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.
~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais
“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
**Siapa ckp mnum ais melemahkan tenaga batin? 

p/s : acik memang siang malam minum ais...ngeh ngeh ngeh




Thursday, 24 April 2014

Hola ! Everybody....Im Back !

Assalamualaikum...


Puh puh puh !...

serius bersawang dah blog aku ni....
aku rasa untuk tahun 2014 ni pertama kali kot aku post entry kan...
nak buat macam mana..lately ni banyak ler pulak keje nya...

bahan nya banyak jer...tapi bila dah terlalu banyak..
lepas tu duk peram jer sampai sudah..
memang tak terUpdate ler kan...

nak kecik kan gambar lagi..
nak watermark lagi..hoiii banyak keje tau..
macam mana lah nak jadi blogger tegar...kahkahkah...

pape pun...inshaallah kita kejar lah mana yang terkejar...
sah sah lepas ni aku update gambar lintang pungkang habis...

jadi untuk 2014 ni..meh acik belanja gambor skit...hihihi...




Daaaa....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...